Followers

SEGULUNG IJAZAH TIADA NILAI JIKA HILANG HARGA DIRI



Setiap tahun ,ramai anak muda sekitar usia awal 20 an akan melambung topi graduan sebagai tanda gembira selepas berjaya tamatkan pengajian di universiti dan merangkul ijazah.Topi petak hitam yang ditiru daripada budaya barat itu adalah tradisi paderi Katolik Rom yang memakai birreta.

Namun,itu bukanlah isu yang hendak dibincangkan,tetapi amalan pengajian umat islam yang berasaskan sijil,yang seharusnya menjadi persoalan.

Menjadi lumrah,sijil diterima dijadikan bukti atas usaha jitu menuntut ilmu.Segala-galanya di kumpul atas sekeping kertas ,dijunjung ke sana kesini,disebut berulangkali demi kepuasan seorang manusia.

Namun,tahukah kita apakah nilai sekeping ijazah?Japannya ialah segulung kertas.Tanpa ilmu,ijazah itu tidak akan membawa ke mana-mana dan tanpa ketakwaan kepada Allah SWT,ijazah itu pun tidak akan mampu memberi petunjuk mahupun hidayah.

Apa yang meletakkan nilai pada segulung ijazah ialah mahasiswa itu sendiri.Gulungan kertas itu tidak pernah mengangkat darjat manusia walaupun sedikit .Yang terangkat hanyalah pangkat.Lalu,siapa yang mengangkat darjat?Japannya adalah Allah SWT.Allah SWT mengangkat darjat seseorang disebabkan iman.

Tidak bernilai kertas itu jika gagal menjadikan kita manusia beriman.Tidak bernilai kertas itu jika gagal menambah kekuatan iman yang ada dalam diri..Tidak bernilai kertas itu jika jika gagal meneguhkan iman untuk kekal berpasak dalam dan sanubari.

Maka,apalah yang hendak dibanggakan dengan sekeping kertas jika darjat kita disisi Allah SWT masih kekal.Nilai seseorang ditentukan oleh apa dilakukannya bukan kerana kertas atau disebabkan pengiktirafan mana-mana ulama terkenal.

Benarkah kita mengaji dan belajar kerana Allah SWT?.Jika benar,maka sijil dan ijazah seharusnya tidak membawa makna apa-apa kerana apa yang penting ialah ilmu bukannya kertas.

Jadi,benarkah kita meninggalkan pintu gerbang universiti dengan gembira kerana sudah selesai mengutip segala jenis ilmu dan pengetahuan? Atau gembira meninggalkan tempat belajar kerana sekeping ijazah ditangan?

Ada juga yang melupakan insan berjasa hanya kerana kertas yang digenggam sementara.Derhaka?Memang tidak pernah.Tetapi kesibukan yang mengurung diri mereka membuatkan mereka jauh daripada insan berjasa.Tiada masa lagi untuk menjenguk kedua-dua orang tua.Tiada masa untuk bersua muka walaupun seketika.

Maka,lihat ke dalam diri .Setinggi mana nilai ijazah yang diterima itu? Mungkin sekadar mendabik dada dengan gelaran.Jika gagal membawa ijazah seiring dengan keimanan ,maka sia-sialah hidup bergelumang dengan ilmu tetapi tidak berguna buat bekalan akhirat.

Hidup lebih bermakna jika gulungan itu diikat dengan akidah dan tanggungjawab sebagai khalifah yang bijaksana.

Apa pun,selamat maju jaya buat pelajar yang bakal menamatkan pengajian.Letakkan nilai yang tinggi kepada proses pembelajaran dan sementara di universiti,tuntutlah ilmu selagi mampu.

Nur Jamilah Ahmad
Universiti Sains Islam Malaysia

Back To Top